≡ Menu

Jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 SPA8i

Jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Kementerian Belia dan Sukan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM1,362.00 RM5,092.00 RM145.00

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Belia dan Sukan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan
  • Memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan
  • Merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment