≡ Menu




Jawatan Penolong Kurator Gred S29 SPA8i

Jawatan Penolong Kurator Gred S29

Jawatan Penolong Kurator Gred S29, bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Jabatan Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain mengikut keperluan.
  • Jadual Gaji:
    GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM1,362.00 RM5,092.00 RM145.00

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Brumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

 

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00)
  • Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains, permuziuman, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Muzium adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Kurator Gred S29

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan

 

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Brumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Brumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repositori artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.

Skop Fungsi dan Bidang Tugas

  • Sijil Menguruskan penyediaan pameran tetap/sementara/khas/bergerak.
  • Membuat kerja-kerja pengumpulan dan penyelidikan flora dan fauna negara.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan projek pembangunan Jabatan Muzium Malaysia.
  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan pentadbiran, personel, dan kewangan Jabatan Muzium Malaysia.
  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi di lapangan.
  • Menjalankan kerja-kerja konservasi artifak makmal.
  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan sejarah dan kebudayaan negara.
  • Melaksanakan aktiviti promosi dan pemasaran muzium kepada orang awam melalui media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak.
  • Menjalankan program ‘outreach’ dan ‘inreach’ secara bersepadu di peringkat jabatan, daerah dan negeri.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment