≡ Menu

Jawatan Penguasa Penjara Gred KA41 SPA8i

Penguasa Penjara Gred KA41Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Penguasa Penjara Gred KA41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Penjara Malaysia
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,094.00 RM9,604.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KA41:RM2,094.00)
  • Iazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaa ialah pada Gred KA41: RM2,300.73)

SYARAT FIZIKAL

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa Menggunakan cermin mata
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Penjara Gred KA41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Had umur pelantikan
  • Brumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS :

  • Bertanggungjawab melaksanakan dasar dan peranan jabatan bagi pencapaian matlamat organisasi dalam pengurusan keselamatan penjara, pengurusan penahanan dan pelaksanaan hukuman
  • Bertanggungjawab dalam menjalankan program-program pemulihan dan rawatan serta pengurusan layanan terhadap banduan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment