≡ Menu




Jawatan Pengawas Hutan Gred G11 / G19 SPA8i

Pengawas Hutan Gred G11Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pengawas Hutan Gred G11 / G19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
    Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
    Gaji Tahunan
    G11 RM1, 200.00 RM2, 977.00 RM80.00
    G19 RM1, 357.00 RM4, 008.00 RM100.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G11
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,246.15)
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,292.30)
  • Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G11 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G19
  • Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80)
  • Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan
  • Melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan
  • Melaksanakan dan memantau aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu
  • Melaksanakan dan memantau pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan
  • Membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment