≡ Menu




Jawatan Pengajar Kementerian Kesihatan Gred U41 SPA8i

Pengajar Gred U41Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pengajar Kementerian Kesihatan Gred U41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
  • Telah berdaftar dengan Lembaga dalam bidang yang berkaitan (jika berkenaan)(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan

  • Jururawat Gred U29, U32 atau U36
  • Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, U32 atau U36
  • Juru X-Ray Gred U29, U32 atau U36
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, U32 atau U36
  • Jurupulih Perubatan
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Juruterapi Pergigian
  • Juruteknologi Pergigian
  • Penolong Pegawai Farmasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengajar Gred U41
  • Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment