≡ Menu




Jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 SPA8i

Jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29

Jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB29 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1, 534.00 RM5, 707.00 RM145.00

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automatif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AB29 : RM1,534.00)
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan jentera, automatif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AB29 : RM1,943.57)
  • Mmempunyai Lesen Memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 dan Lesen Memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang sah dan bersih serta mempunyai pengalaman memandu selepas memiliki kedua-dua lesen tersebut selama tidak kurang daripada 1 tahun

Syarat Fizikal

  • Lulus ujian-ujian fizikal yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Skop Kerja

  • Bertanggungjawab dalam memeriksa semua jenis kenderaan bermotor dan melaporkan segala pemeriksaan kepada pegawai

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment