≡ Menu

Jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 SPA8i

Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19  perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,362.00 RM4,034.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai mekanik kenderaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00)
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,362.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,420.12)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred AB19: RM1,478.24)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED AB29

  • Sijil dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,534.00)
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan jentera, automotif yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred AB29: RM1,943.57)

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan untuk memastikan pembinaan dan penggunaan kenderaan bagi mematuhi perkara yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah yang dibuat di bawahnya

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment