≡ Menu




Jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 AT43 AT47 AT51 AT53 SPA8i

Juruterbang & Pemeriksa Juruterbang Gred AT41, AT43, AT44, AT47, AT48, AT51, AT52, AT53, At54 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41 AT43 AT47 AT51 AT53 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Gred Jawatan: AT41 , AT43, AT47, AT51, AT53
  • Kem/Jab: Jabatan Penerbangan Awam
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
AT41 RM2,532.00 RM9,637.00 RM225.00
AT43 RM3,610.00 RM10,511.00 RM250.00
AT47 RM5,210.00 RM11,768.00 RM270.00
AT51 RM5,858.00 RM12,448.00 RM290.00
AT53 RM6,181.00 RM13,254.00 RM320.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (penerbangan, elektrik atau elektronik) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji Permulaan pada Gred AT41 : RM2,532.00)
  • Aircraft Maintenance Engineer’s Licence yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred AT41 : RM2,532.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN :
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pemeriksa Kapal Terbang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Had umur pelantikan:
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUTERBANG/ PEMERIKSA JURUTERBANG GRED AT43,AT47, AT51 ATAU AT53
4. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pemeriksa Kapal Terbang Gred AT43, AT47,AT51 dan AT53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2

  • Memiliki tempoh pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang berkaitan
  • Memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred AT43 : RM3,610.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred AT47 : RM5,210.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred AT51 : RM5,858.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred AT53 : RM6,181.00

DESKRIPSI TUGAS :

  • Menjalankan tugas-tugas Pemeriksa Kapal Terbang, pemeriksaan pesawat terbang bagi menentukan keperluan airworthiness
  • Memeriksa dan meluluskan pertubuhan syarikat penerbangan, mengeluarkan sijil kelulusan untuk pesawat udara
  • Menjalankan penyelidikan ke atas kerosakan pesawat-pesawat penerbangan awam
  • Mengambil bahagian di dalam penyiasatan kemalangan pesawat udara dan menyediakan laporannya

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment