≡ Menu




Jawatan Pemeriksa Cap Jari Gred N19 SPA8i

Pemeriksa Cap Jari Gred N19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pemeriksa Cap Jari Gred N19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00 RM4,007.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)
  • Kepujian dalam salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab mengadakan/menyimpan data-data dan fail-fail cap jari
  • Menyiapkan/menyediakan dan menaip surat-menyurat berkenaan cap jari yang diterima
  • Membuat pemeriksaan dan bandingan cap-cap jari dan mendaftar cap jari yang mana kes-kes mereka telah selesai

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment