≡ Menu

Jawatan Pembantu Veterinar Gred G19/ G29 SPA8i

Pembantu VeterinaBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pembantu Veterinar Gred G19/ G29 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Gred: G19
  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Pertanian/ Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
G19 RM1,357.00 RM4,008.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU VETERINAR GRED G19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00)
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80)

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR GRED G29

  • Sijil Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00)
  • Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,923.06)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas 

PEMBANTU VETERINAR

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan haiwan
  • Bertanggungjawab menjalankankesihatan haiwan
  • Bertanggungjawab menjalankan kesuburan haiwan
  • Bertanggungjawab menjalankan penguatkuasaan undang-undang veterinar di peringkat Kumpulan Sokongan
  • Bertanggungjawab menjalankan melaksanakan kerja-kerja di Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT)
  • Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan di pusat kuarantin haiwan
  • Bertanggungjawab menjalankan ante-mortem dan post-mortem di abattoir dan loji pemprosesan
  • Bertanggungjawab menjalankan memberi khidmat nasihat ternakan
  • Bertanggungjawab menjalankan pengumpulan data haiwan dan penyediaan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan yang ditentukan dari semasa ke semasa

PENOLONG PEGAWAI VETERINAR

  • Bertanggungjawab mengurus dan mentadbir Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah
  • Bertanggungjawab mengurus Pusat Kuarantin Haiwan
  • Bertanggungjawab mengurus Abattoir Jabatan
  • Bertanggungjawab mengurus Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) dan Kawasan Tumpuan Sasaran Integrasi Ternakan dengan perladangan
  • Bertanggungjawab mengemaskini data-data dalam sistem maklumat berkomputer
  • Bertanggungjawab mengendalikan rekod-rekod ternakan berkaitan bantuan Jabatan
  • Bertanggungjawab menjalankan program pembangunan dan pemantauan industri ternakan
  • Bertanggungjawab menjalankan program pengembangan veterinar
  • Bertanggungjawab mejalankan khidmat nasihat serta runding cara berkaitan veterinar kepada pelanggan Jabatan
  • Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar menjalankan survelen kawalan penyakit ternakan
  • Bertanggungjawab merawat ternakan haiwan yang memerlukan dan penyelidikan haiwan
  • Bertanggungjawab menjalankan program pembiakbakaan ternakan
  • Bertanggungjawab menjalankan program pelalian penyakit ternakan
  • Bertanggungjawab menjalankan pensampelan untuk kajian penyakit serta membantu Pegawai

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment