≡ Menu




Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 SPA8i

Pembantu Syariah Gred LS19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pembantu Syariah Gred LS19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00 RM4,007.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah
  • Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi). (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah
  • Melaksanakan tugas-tugas urusan pendaftaran
  • Melaksanakan tugas-tugas perbicaraan
  • Melaksanakan tugas-tugasguaman
  • Melaksanakan tugas-tugas pendakwaan
  • Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran di Mahkamah Syariah

Leave a comment

{ 2 comments… add one }
  • Wan noorliyana bt noorhisham November 21, 2016, 9:46 pm

    Kat mana saya boleh dapat borang pemohonan untuk jawatan pembantu syariah .

  • Wan noorliyana bt noorhisham November 21, 2016, 9:55 pm

    Kat mana saya boleh dapatkan borang untuk jawatan pembantu syariah .

Leave a Comment