≡ Menu




Jawatan Pembantu Penerangan Gred S19 SPA8i

Pembantu Penerangan Gred S19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pembantu Penerbitan Gred N19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Penerangan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00 RM4,007.00 M100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Membantu mengeluarkan nota kepada pengarang mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan
  • Mengeluarkan siaran akhbar berbentuk teks ucapan
  • Menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar
  • Membantu menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara
  • Menjawab pertanyaan mengenai dasar-dasar kerajaan
  • Mengesahkan ketetapan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan
  • Membantu dalam pengurusan serta penyelarasan pusat media

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment