≡ Menu

Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 SPA8i

Pembantu Pegawai Latihan Gred E19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Gred E19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,353.00 RM4,005.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN GRED E19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00)
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia dalam perakaunan peringkat tertinggi.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,409.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,465.80)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab mengajar secara teori dan amali dalam salah satu bidang seperti penyediaan makanan / teknologi makanan / pramusaji, kapten dan penyelia makanan / tukang jahit dan pemotong pakaian / jahitan/seni ukir perabot.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment