≡ Menu




Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 DV21 DV29 DV35 DV37 DV37 SPA8i

Pembantu Pegawai Latihan VokasionalBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 DV21 DV29 DV35 DV37 DV37 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Gred: Gred DV19/DV21/DV29/DV35/DV37/DV37
  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Tempat Bertugas:
    • Kementerian Sumber Manusia Institut Latihan Perindustrian (ILP)
    • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
    • Kementerian Belia dan Sukan
    • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
DV39 RM5,015.00 RM9,001.00 RM225.00
DV37 RM3,630.00 RM7,924.00 RM195.00
DV35 RM3,225.00 RM7,438.00 RM180.00
DV29 RM1,549.00 RM5,701.00 RM145.00
DV21 RM2,271.00 RM4,725.00 RM115.00
DV19 RM1,377.00 RM4,052.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV19

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,435.12)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV19: RM1,493.24)

Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c), 1(d) dan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV21

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV21 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan 2
  • Mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV21: RM2,271.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29

  • Sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00)
  • Sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00)
  • Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,624.20)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,699.40)
  • Diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80)
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00)

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV35, DV37 ATAU DV39

Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV35, DV37 atau DV39 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(d) dan 2
  • Mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
  • Gaji permulaan ialah pada Gred DV35:RM3,225.00
  • Gaji permulaan ialah pada Gred DV37: RM3,630.00
  • Gaji permulaan ialah pada Gred DV39: RM5,015.00

Deskripsi Tugas

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional

  • Bertanggungjawab kepada Pengetua melalui arahan Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan melaksanakan tugas-tugas mengajar teori dan amali tidak kurang dari 25 jam seminggu.
  • Menyedia dan menggunakan pelan mengajar dan memberi pertunjukan (demontrasi) untuk memindahkan kemahiran kepada pelatih.
  • Menyediakan alat-alat mengajar seperti Kertas Penerangan, Kertas Kerja, Kertas Tugasan, alat bantuan mengajar seperti carta, model dan lain-lain di bawah pengawasan dan pengurusan Penolong Pegawai Latihan Vokasional.
  • Mengendalikan hal-hal yang berkaitan dengan ujian ILP dan MLVK seperti menyediakan alat-alat dan bahan-bahan ujian, memeriksa kertas ujian teori, menilai ujian amali dan merekod keputusan ujian-ujian teori dan amali.
  • Memastikan keselamatan dan kebersihan bengkel, bilik kuliah dan kemudahan-kemudahan awam dipersekitaran sekolah.
  • Mengawasi disiplin pelatih seperti membimbing pelatih-pelatih berpakaian dan berkelakuan sesuai dengan disiplin ketukangan pelatih.
  • Menyelenggara dan membaiki kerosakan mesin dan perkakas serta menyediakan rekod jadual rawatan.
  • Memesan, merekod, menyimpan dan mengeluarkan bahan-bahan keperluan latihan dan memastikan semua alat perkakas dan mesin dalam keadaan baik sebelum latihan dimulakan.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Penolong Pegawai Latihan Vokasional

  • Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.
  • Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
  • Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.
  • Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.
  • Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.
  • Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.
  • Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.
  • Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.
  • Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.
  • Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment