≡ Menu




Jawatan Pembantu Laut Gred A19 SPA8i

Pembantu Laut Gred A19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pembantu Laut Gred A19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Laut Semenanjung/Sabah/Sarawak dan Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,362.00 RM4,034.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00)
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,362.00)
  • Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12)
  • Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,420.12)
  • Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,478.24)
  • Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred A19: RM1,536.36)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:
Aspek Kewangan dan Personel

  • Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan
  • Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan
  • Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat
  • Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor
  • Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan

Aspek Industri (Perkapalan)

  • Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot
  • Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin
  • Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun
  • Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen

Aspek Keselamatan Pelayaran

  • Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA)
  • Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin
  • Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj
  • Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut

Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

  • Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot
  • Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan
  • Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan
  • Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala

Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

  • Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan
  • Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik
  • Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan
  • Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment