≡ Menu




Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 SPA8i

Pembantu Kesihatan Awam Gred U19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Kelayakan lantikan untuk kegunaan Pihak berkuasa Tempatan)
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: 1,360.00
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan ialah pada Gred U19: 1,418.12)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19,

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas
Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)

  • Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan air limbah;
  • Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal;
  • Pengawalan mutu air minum luar bandar termasuk membantu dalam penguatkuasaan Akta Air Minum;
  • Terlibat dalam pengawalan kesihatan alam sekitar dan program perlindungan alam sekitar.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment