≡ Menu




Jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G11 / G19 SPA8i

Pembantu Hidupan Liar Gred G11Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pembantu Hidupan Liar Gred G11 / G19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  • Jadual Gaji:
    Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
    Gaji Tahunan
    G11 RM1,200.00 RM2,977.00 RM80.00
    G19 RM1,357.00 RM4,008.00 RM80.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G11
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,200.00).
  • Calon bagi lantikan Pembantu Hidupan Liar Gred G11 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED G19
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80)
  • Calon bagi lantikan ke Pembantu Hidupan Liar Gred G19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas

  • Membantu Ketua Daerah menjalankan tugas-tugas pentadbiran jabatan di peringkat daerah
  • Mengetuai unit kakitangan menjalankan tugas penguatkuasaan, pengurusan dan pemantauan hidupan liar
  • Menjalankan aktiviti program pengembangan jabatan dan menjadi fasilitator kepada kursus-kursus pendidikan
  • Bertanggungjawab mengetuai kakitangan menjalankan rondaan, ambush dan penggeledahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan No. 76/72
  • Menyediakan kertas pertuduhan, mengetuai tugas pengawalan ke atas gangguan hidupan liar
  • Mengawal selia stor dan membantu ketua jabatan menjalankan tugas-tugas pentadbiran

Leave a comment

{ 1 comment… add one }
  • MURSIDI BIN ABD MUIN November 17, 2016, 1:20 am

    Saya suka kerja yang mencabar

Leave a Comment