≡ Menu




Jawatan Pembantu Arkib Gred S19 SPA8i

Pembantu Arkib Gred S19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pembantu Arkib Gred S19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Arkib Negara
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,352.00 RM4,003.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40);
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab menerima menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima
  • Mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan
  • Bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment