≡ Menu




Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 SPA8i

Pemandu Kenderaan Gred H11Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

    • Kumpulan: Pelaksana
    • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
    Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
    Gaji Tahunan
    RM1, 218.00 RM2, 939.00 RM80.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Syarat Akademi/Lesen
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D RM 1,264.15
Lesen E/E1/E2 RM 1,310.30
Lesen F/H RM1,356.45
Lesen G/I RM 1,402.60
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
  • Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian

Leave a comment

{ 1 comment… add one }
  • Mohamad shafiq bin mohamad ali November 17, 2016, 12:59 am

    Saya nak kerja ini

Leave a Comment