≡ Menu

Jawatan Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29 SPA8i

Pelukis Pelan (Seni Bina)Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19/JA29 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Jabatan Kerja Raya/Jabatan/Agensi/Pihak Berkuasa Tempatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
JA19 RM1,377.00 RM4,052.00 RM100.00
JA29 RM1,549.00 RM5,701.00 RM145.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PELUKIS PELAN (SENI BINA) GRED JA19

 

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuruteraan pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24)

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29

 

  • Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
  • Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan bagi skop kerja seni bina termasuk melaksanakan penyediaan lukisan teknikal dan spesifikasi
  • Menyemak lukisan perunding
  • Merekod dan menyelenggara lukisan
  • Menyediakan study model
  • Menyediakan reka bentuk
  • Menyedia lakaran reka bentuk
  • Menyediakan lukisan kerja
  • Menyediakan lukisan perunding
  • Memantau maklum balas penilaian teknikal
  • Melaksanakan audit kualiti (reka bentuk)/audit seni bina pembinaan
  • Menyediakan laporan serta lain-lain tugas yang berkaitan tugas-tugas berkaitan aspek reka bentuk dan seni bina

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment