≡ Menu




Jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41 SPA8i

Pegawai Undang-Undang Gred L41Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,418.00 RM9,607.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00)
  • Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination)
    (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment