≡ Menu




Jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41 SPA8i

Pegawai Teknologi Makanan Gred C41Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Komunikasi Strategik Gred S41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016alaysia)

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,317.00 RM9,620.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains makanan, sains dan teknologi makanan, pengurusan kualiti makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Makanan Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS

  • Menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan
  • Pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya
  • Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti surveilan dan analisis risiko keselamatan makanan,codex dan standard, dasar keselamatan makanan, pensijilan halal dan memastikan keselamatan makanan di Tadika KEMAS

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment