≡ Menu




Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) SPA 26 September 2016

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

300 jawatan kosong pegawai tadbir dan diplomatik dikeluarkan oleh pijak suruhanjaya perkhimatan awam (SPA) untuk tahun ini bermula harini ini sehingga tarikh tutup 26 september 2016.

Gred Gaji Baru: RM2,422.000 – RM9,631.00
Kenaikan Tahunan: RM225.00

kekosongan-jawatan-ptd-spaBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,422.00 RM9,631.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00)
  • Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14)
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48)
  • Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
  • Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Cara Memohon:

Sila Ke Laman SPA.GOV.MY dan daftar sebagai pengguna di laman tersebut. Terdapat banyak jawatan kosong 2017 disini.

Bagi yang sudah mendaftar. Anda hanya perlu menambah ruangan pekerjaan dengan memasukkan jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik sahaja

Selebihnya tunggu untuk panggilan temuduga

Iklan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
Borang Permohonan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment