≡ Menu




Jawatan Pegawai Siasatan / Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 P31 P37 P41 P43 P47 P51 P53 SPA8i

Pegawai Siasatan & Penolong Pegawai SiasatanBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Siasatan / Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 P31 P37 P41 P43 P47 P51 P53 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Gred:P29, P31, P37, P41, P43, P47, P51, P53
  • Kumpulan:Pelaksana/ Pengurusan dan Profesional(Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Jadual Gaji:
    GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    P29 RM1,824.00 RM5,801.00 RM150.00
    P31 RM3,159.00 RM6,503.00 RM170.00
    P37 RM3,817.00 RM8,141.00 RM200.00
    P41 RM2,502.00 RM9,803.00 RM230.00
    P43 RM4,009.00 RM10,908.00 RM255.00
    P47 RM5,374.00 RM12,078.00 RM275.00
    P51 RM6,108.00 RM12,768.00 RM295.00
    P53 RM6,878.00 RM13,568.00 RM325.00

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI SIASATAN GRED P29

  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,824.00)
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,863.82)

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI SIASATAN GRED P41

  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,502.00)
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,616.65)
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred P41 : RM2,732.18); atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24)
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred P41: RM2,963.24)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,078.77)
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
    (Gaji Permulaan pada Gred P41: RM3,194.30)

SYARAT LANTIKAN TERUS KE GRED P31 ATAU P37
Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenan bagi lantikan terus ke Gred P31 atau P37 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  • Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan syarat Bahasa Melayu
  • Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred P31 : RM3,159.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred P37 : RM3,817.00

SYARAT LANTIKAN TERUS KE GRED P43,P47,P51 ATAU P53
i. Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenan bagi lantikan terus ke Gred P43, P47, P51 atau P53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a), 1(b), 1(c) dan syarat Bahasa Melayu; dan
ii. mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan

  • Gaji permulaan lantikan pada Gred P43 : RM4,009.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred P47 : RM5,374.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred P51 : RM6,108.00
  • Gaji permulaan lantikan pada Gred P53 : RM6,878.00

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas :
i. Aspek Siasatan
ii. Aspek Perisikan
iii. Aspek Pendidikan Masyarakat
iv. Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
v. Aspek Perundangan dan Pendakwaan
vi. Aspek Penyelidikan dan Perancangan
vii. Aspek Latihan
viii. Aspek Keselamatan
ix. Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment