≡ Menu

Jawatan Pegawai Sains Gred C41 SPA8i

Pegawai Sains Gred C41Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Sains Gred C41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,317.00 RM9,620.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

PECAHAN BIDANG :
Kementerian Kesihatan Malaysia –
i. Mikrobiologi – bidang Mikrobiologi
ii. Kimia Hayat – bidang Biokimia
iii. Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
iv. Embriologi – Biologi, Genetik
v. Forensik – Sains Forensik
vi. Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
vii. Biomedikal – Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
viii. Kaji Serangga – Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
ix. Pemakanan – Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi –
Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment