≡ Menu




Jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 SPA8i

Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Pertahanan Awam
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,081.00 RM9,547.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00)
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai reskod perkhidmatan yang baik.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,081.00)
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00)

SYARAT FIZIKAL

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti
yang berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1c(i) dan 1c(iii) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertahanan Awam KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment