≡ Menu




Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 DG41/42 DG44 DG48 DG52 DG54 SPA8i

Jawatan Pegawai Perkhidmatan PendidikanBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

    • Gred: DG29 DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54
    • Kumpulan:Pelaksana/Pengurusan Dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
    • Skim: (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
    • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
DG29 RM1,698.00 RM5,717.00 RM 145.00
DG41 RM2,188.00 RM9,552.00 RM 225.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut;

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN AKADEMIK LANTIKAN KE GRED DG29

  • Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00)
  • Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44)

KELAYAKAN AKADEMIK LANTIKAN KE GRED DG41

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94)
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94)
  • Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98)
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.6)

Syarat Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment