≡ Menu




Jawatan Pegawai Penjara Gred KA19 SPA8i

Pegawai Penjara Gred KA19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Penjara Gred KA19  perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Penjara
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM3,824.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,360.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,418.12)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,476.24)

Syarat Fizikal

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
  • Bberat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita
  • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja)
  • Lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan
  • Melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman
  • Merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment