≡ Menu




Jawatan Pegawai Pendaftaran / Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 KP41 SPA8i

Pegawai Pendaftaran & Penolong Pegawai PendaftaranBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Pendaftaran / Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 KP41 SPA8i perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Gred: KP29, KP41
  • Kumpulan: Pelaksana, Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab:Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
KP29 RM1,493.00 RM5,696.00 RM145.00
KP41 RM2,081.00 RM9,547.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP29

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred KP29 : RM1,493.00);
    atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00);
    atau
  • diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95).

KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI PENDAFTARAN GRED KP41

    • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
    • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,285.00);atau
    • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)

Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pendaftaran adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas : 
Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29

  • Pelaksanaan dan Penguatkuasaan Undang-undang
    Urusan Kad Pengenalan
    Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
    Urusan Kewarganegaraan
    Urusan Perkahwinan dan Perceraian
    Aktiviti Siasatan dan Pendakwaan

Pegawai Pendaftaran Gred KP41

Menjadi sumber rujukan kepada mana-mana urusan berkaitan dengan perkara-perkara seperti berikut:

  • Urusan Kad Pengenalan
    Kad pengenalan
    Pindaan butiran kad pengenalan
    Pengurusan rekod/daftar kad pengenalan
  • Urusan Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
    Kelahiran
    Kematian
    Anak angkat
    Pengurusan rekod kelahiran, kematian dan anak angkat
  • Urusan Kewarganegaraan
    Kewarganegaraan
    Perlucutan kewarganegaraan
    Perlepashakan kewarganegaraan
    Pengurusan rekod kewarganegaraan
  • Urusan Perkahwinan dan Perceraian
    Perkahwinan
    Tribunal perkahwinan
    Perceraian
    Pindaan butiran perkahwinan dan perceraian
    Pengurusan rekod perkahwinan dan perceraian
  • Urusan Siasatan dan Penguatkuasaan
    Penyiasatan
    Pendakwaan
    Perisikan
    Operasi
    Sistem kawalan keselamatan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment