≡ Menu




Jawatan Pegawai Optometri Gred U41 SPA8i

Pegawai Optometri Gred U41Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan pegawai optometri gred u41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK
Ijazah Sarjana Muda Optometri yang dapat pengiktirafan oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berserta berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia.(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan perlulah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia

DESKRIPSI TUGAS
Melaksanakan pemeriksaan mata (Optometris dan Orthoptics), perkhidmatan kanta sentuhan, mengukur ‘K-Reading’ serta ujian penglihatan warna di hospital-hospital Kerajaan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment