≡ Menu

Jawatan Pegawai Laut Gred AL41 SPA8i

Pegawai Laut Gred AL41Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan pegawai laut gred al41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Laut Semenanjung/Sabah/Sarawak dan Jabatan Perikanan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,429.00 RM9,637.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,429.00)
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang nautical studies yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88)
  • Ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88)
  • Ijazah dalam bidang arkitek laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43)
  • Chief Mate of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43)
  • Second Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43)
  • Master of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM3,154.55)
  • Chief Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM3,154.55).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Laut adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Laut Gred AL41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan :

  • Memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(c)
  • Had umur pelantikan:
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS

  • Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan
  • Membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment