≡ Menu

Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 SPA8i

Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 SPA8i perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka Pulau Pinang dan Perlis.
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahu
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan kajian penyelidikan dan penyediaan bagi membolehkan Mufti keluarkan segala fatwa panduan mengenai keberkesanan sesuatu program yang dirancang dan juga sebagai Urus Setia kepada Jawatankuasa Syariah.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment