≡ Menu




Jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 SPA8i

Pegawai Bomba Gred KB19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,360.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,418.12)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KB19: RM1,476.24)

Syarat Fizikal

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
  • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
  • Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut
  • Mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita
  • Menjulang dan menegakkan tangga Ajax
  • Menaiki tangga penyelamat 16.5m
  • Memanjat tali

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Lantikan Bekas Anggota Tentera

  • Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Prebet yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class 1
  • Telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan
  • Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii)

Deskripsi Tugas

  • Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
  • Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
  • Mengendalikan pam bomba.
  • Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
  • Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment