≡ Menu




Jawatan Pegawai Berita Gred S41 SPA8i

Pegawai Berita Gred S41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Pegawai Berita Gred S41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

    • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
    • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum b>Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang  yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3.Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Wartawan atau Jurufotografi Gred B29/30, B31/31, B37/38, B39/40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Berita Gred S41

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)
  • Lulus Peperiksaan Khas; dan (b)
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI KERJA

  • Skop kerja labih kepada laporan kewartawanan, media, pemberitaan, hebahan dan melaksanakan tugas-tugas menyalurkan maklumat

 

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment