≡ Menu




Jawatan Pegawai Aktuari Gred W41 SPA8i

Pegawai Aktuari Gred W41 - Government

Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan jawatan pegawai aktuari gred w41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab:Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,094.00 RM9,585.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKaDEMIK

  • Ijazah sarjana muda dalam bidang sains aktuari atau sarjana dalam bidang yang sama yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,612.07)
  • Associateship (sehingga 1976) atau lulus semua peperiksaan Kumpulan ‘A’ (mulai 1977) Institute of Actuaries, United Kingdom atau Associateship Society of Actuaries (USA & Canada) atau Associateship Institute of Actuaries of Australia.
    (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,612.07)
  • Associateship (mulai 1977) atau Fellowship (sehingga 1976) Institute of Actuaries, United Kingdom atau Fellowship Society of Actuaries (USA & Canada) atau Fellowship Institute of Actuaries of Australia atau Fellowship Faculty of Actuaries, Scotland.
    (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,923.41)
  • Fellowship (mulai 1977) Institute of Actuaries, United Kingdom.
    (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM3,130.97)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

  • DESKRIPSI TUGAS :
    Melaksanakan tanggungjawab kerja-kerja yang diarah berkaitan semua perkara maklumat kependudukan, perangkaan dan penyelidikan, perkara insurans, pampasan dan keselamatan sosial
  • Perkara undang-undang amanah, kumpulan wang simpanan dan skim tabung persaraan berpencen

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment