≡ Menu




Jawatan Operator Loji Gred H11 SPA8i

Operator Loji Gred H11Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Operator Loji Gred H11 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

    • Kumpulan: Pelaksana
    • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
    Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
    Gaji Tahunan
    RM1, 218.00 RM2, 939.00 RM80.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik/Lesen

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan
  • berkebolehan mengendalikan Loji Pembakaran Dalam 40-100 Kuasa Kuda atau Loji Stim/Dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab ke atas pengendalian loji/jentera statik jabatan sama ada dandang stim atau enjin pembakaran dalam, penyenggaraan berjadual/berkala ke atas dandang,
  • Bertanggungjawab ke atas prosedur keselamatan dandang serta pengurusan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang seperti mana diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta Akta Kilang dan Jentera 1967

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment