≡ Menu




Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 SPA8i

Laskar Kelas II Maritim Gred T1Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Laskar Kelas II Maritim Gred T1 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1441.00 RM4,152.00 RM105.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Grd T1: RM1,441.00)
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred T1: RM1,441.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,507.01)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred T1; RM1,573.02)

Syarat Fizikal

Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa bersepatu
  • Berat badan sekurang-kurangnya 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
  • Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang- kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas peringkat sokongan yang melibatkan Zon Maritim Malaysia dari segi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di bawah undang-undang persekutuan
  • Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat
  • Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan
  • Memberikan bantuan perkara berkaitan dengan penjenayahan apabila dipohon oleh negara luar
  • Melaksanakan pengawasan udara dan pantai serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada agensi yang memerlukan.
  • Menyelamat; mengawal dan mencegah pencemaran maritim
  • Pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik
  • Tugas yang dilaksanakan akan diletakkan di bawah perintah dan kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa darurat, krisis khas atau peperangan

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment