≡ Menu




Jawatan Kurator Gred S41 SPA8i

Kurator Gred S41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan kurataor gredS41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab:Jabatan Muzium Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara Malaysia, Muzium Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00 RM9,544.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sosiologi, antrapologi, sejarah, kaji purba, zoologi, sastera, seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, permuziuman, konverservasi atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86
  • Ijazah sarjana dalam bidang permuziuman yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,588.49)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan perlulah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT KENAIKAN SECARA LANTIKAN
3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong kurator adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Kurator Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
(a)Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) lulus Peperiksaan Khas
(b) Had umur pelantikan:
i. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.

  • Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
    i. Merancang dan mengetuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan warisan sejarah, budaya, alam kemanusiaan, alam semula jadi dan perkara-perkara yang berkaitan.
    ii. Merancang dan mengumpul koleksi untuk dipamerkan dan menyediakan ‘write up’, ‘caption’, label dan sebagainya yang berkaitan dengan pameran.
    iii. Merancang pengurusan sumber manusia jabatan dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara.
    iv. Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik, menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan.
    v. Mengetuai dan menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak tanah, monumen bersejarah dan seumpamanya.
    vi. Menyelaras dan mengetuai kerja-kerja cari gali.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment