≡ Menu




Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) – 11 Januari 2017

Jawatan kosong MPM 2017? Bagi pemohon yang berkelayakan daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dipelawa untuk membuat permohonan jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebelum tarikh tutup pada 11 Januari 2017.

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Untuk pengetahuan, Majlis Peperiksaan Malaysia adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa kepada calon berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan kontrak/tetap terkini di Majlis Peperiksaan Malaysia seperti yang berikut :

Jawatan Kosong Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) – 11 Januari 2017

1. Pegawai Undang-Undang L48

Gaji Minimum : RM5,166.00

Gaji Maksimum : RM11,695.00

2. Pegawai Peperiksaan DG41

Gaji Minimum : RM1,917.00

Gaji Maksimum : RM8,652.00

3. Penolong Pegawai Tadbir N29/N32

Gaji Minimum : RM1,493.00

Gaji Maksimum : RM5,672.00

Cara Memohon

(i) Borang permohonan MPM 1 dicetak sendiri daripada laman web www.mpm.edu.my. Borang ini juga boleh difotostat.

(ii). Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil persekolahan dan sijil-sijil berkaitan yang perlu dibawa sekali.

(iii). Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.

(iv). Borang permohonan yang diisikan dengan lengkap hendaklah dihantar kepada alamat seperti berikut :

Ketua Eksekutif

Majlis Peperiksaan Malaysia

Persiaran 1, Bandar Baru Selayang

68100 BATU CAVES

Selangor Darul Ehsan

(u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 11 JANUARI 2017

Silakan kongsikan jawatan kosong ini di Facebook, Twitter dan Telegram.

Selamat maju jaya kepada calon yang memohon jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Klik di sini iklan jawatan kosong MPM.

Leave a comment

Comments on this entry are closed.