≡ Menu




Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) April 2016

Jawatan kosong di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bulan April 2016, MDKL mempelawa anda warganegara Malaysia yang berkelayakkan terutamanya warga Selangor untuk memohon jawatan kosong tersebut, borang permohonan kerja kosong Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) boleh didapati di sini.jawatan kosong majlis daerah kuala langat

LOKASI SELANGOR
SEKTOR KERAJAAN
TARIKH TUTUP 25 APRIL 2016
GAJI RM1644-RM5044

Berikut adalah kekosongan jawatan yang terdapat di Majlis Daerah Kuala Langat bagi bulan april 2016 ini, segala permohonan hendaklah dibuat selewatnya sebelum tarikh tutup permohonan, sila alert dengan tarikh tutup sebelum membuat sebarang permohonan

BIL JAWATAN
1 PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29
2 PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27
3 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) N17

Cara-Cara Memohon

1. Semua pemohon perlulah membuat permohonan mengguna Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh didapati dari Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web ini sahaja

2. Pemohon daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan / Badan Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan perlulah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005.

3. Borang permohonan perlulah disertakan sekali dengan:

  • gambar berukuran pasport
  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan kad pengenalan ibu dan bapa pemohon
  • salinan sijil kelahiran pemohon
  • salinan sijil kelahiran ibu dan bapa pemohon
  • salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum
  • salinan sijil-sijil penghargaan yang telah diakui sah

4. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat

5. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

6. Tarikh permohonan pada : 12 April 2016 – 25 April 2016

7. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

8. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Daerah Kuala Langat,
Persiaran Majlis,
Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting, Selangor

Borang Iklan Jawatan Kosong MDKL

Borang Permohonan Jawatan Kosong MDKL

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment