≡ Menu

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Mei 2016

Jawatan kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bulan MEI 2016, UMT mempelawa anda warganegara Malaysia yang berkelayakkan terutamanya warga Terengganu atau boleh menetap di terengganu untuk memohon jawatan kosong tersebut, borang permohonan Universiti Malaysia Terengganu boleh didapati di sini.Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu

LOKASI TERENGGANU
SEKTOR KERAJAAN
TARIKH TUTUP 05 MEI 2016
GAJI MENGIKUT GRED KERAJAAN

Berikut adalah kekosonga jawatan yang terdapat di Universiti Malaysia Terengganu bagi awal bulan mei 2016 ini, sebarang permohonan sila buat sebelum tarikh tutup permohonan.

BIL JAWATAN
1 PEGAWAI SAINS C41
2 JURUTERA AWAM J41
3 PENOLONG AKAUNTAN W27
4 JURUPULIH PERUBATAN U29
5 PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
6 PEMBANTU OPERASI N11

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak universiti bagi calon yang ingin memohon jawatan-jawatan diatas, jika anda boleh memenuhi semua syarat kelayakkan bolehlah membuat permohonan tersebut

BIL SYARAT KELAYAKKAN
1 PEGAWAI SAINS C41
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;
– Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
– Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
2 JURUTERA AWAM J41
– Warganegara Malaysia;
– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
– Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
– Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
3 PENOLONG AKAUNTAN W27
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
– Diploma dalam bidang pengajian perniagaan,kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
– Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
4 JURUPULIH PERUBATAN U29
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
– Diploma Jurupulih Cara Kerja atau Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Therapy) daripada London School of Occupational Therapy yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
– Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
5 PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
– Warganegara Malaysia
– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
– Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
– Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
6 PEMBANTU OPERASI N11
– Warganegara Malaysia;
– Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
– Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
– Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Penilaian
Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

CARA-CARA MEMOHON:

1. Semua calon hendak memohon jawatan hendaklah dibuat melalui sistem umt seperti link dibawah. dan perlulah mendaftar terlebih dahulu sebelum mebuat permohonan

2. Bagi calon yang pertama sahaja,perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.

3. Calon yang telah mendaftar sebelum ini disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini.

4. Calon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang lalu dinasihatkan untuk kemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

5. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah diangggap TIDAK BERJAYA.

6. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat  tidak akan diproses.

PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
ARAS 1, BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p. SEKSYEN PENGAMBILAN DAN SARAAN) Sila hubungi Seksyen Pengambilan dan Saraan di alamat e-mel perjawatan@umt.edu.my untuk keterangan lanjut.

Borang Permohonan Jawatan UMT

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment