≡ Menu

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) – 10 Julai 2016

Jawatan kosong terkini di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) (PNMB) untuk ambilan Julai 2016. Permohonan ini adalah dipelawa daripada Jabatan Agama Islan Negeri Johor untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai potensi untuk menggerakkan lagi gerak kerja di jabatan mereka supaya lebih bagus dan cekap.

Jom Mohon Jawatan Ini Sekarang Kerana Masa Depan Anda Bakal Terjamin Dan Pastinya amat Lumayan.

Jawatan kosong jabatan agama islam johor

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ)  kini secara rasminya membuka Tawaran Pengisian Kekosongan Jawatan untuk sesi Julai 2016 sebagai:

1. Pemandu Kenderaan H11

2. Pembantu Awam H11

Tawaran ini dibuka bermula daripada 28 Jun 2016 sehingga 10 Julai 2016.(please alert)

Untuk Makluman Anda:

Tarikh tutup permohonan pada : 10 Julai 2016

Lokasi : Negeri Johor

Jenis pekerjaan : Kerajaan

Taraf jawatan : Tetap

Gaji bermula daripada : Rm1,218.00 sehingga Rm2,939.00. (gaji mengikut taraf dan gred)

Cara Untuk Membuat Permohonan:

Permohonan yang dibuat hendaklah dibuat dengan menggunakan BORANG JAINJ / SUMBER MANUSIA yang boleh diperolehi dari :

Jabatan Agama Islam Negeri Johor,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Aras 4 Blok A
Pusat Islam Iskandar Johor,
Karung Berkunci 725,
80990 Johor Bahru,

Selain itu , anda boleh juga mendapatinya di Pejabat Kadi Daerah yang berhampiran, dengan cara datang sendiri pada waktu pejabat atau dengan mengirim sampul surat berukuran 11 x 22 sm (4 x 9 inci) bersetem 80 sen yang beralamat sendiri, dengan mencatat “PERMOHONAN BORANG JAINJ / SUMBER MANUSIA” di sudut sebelah kiri sampul surat.

Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan gambar ukuran passport dan salinan sah dokumen-dokumen seperti:

i.Sijil Kelahiran

ii. Kad Pengenalan

iii. Sijil SRP / PMR

iv. Sijil Berhenti Sekolah

v. Lesen Memandu, dan

vi. Lain-lain Sijil / Kelulusan yang berkaitan

Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat berikut :

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
ARAS 4 BLOK A
PUSAT ISLAM ISKANDAR JOHOR
KARUNG BERKUNCI 725
80990 JOHOR BAHRU

Syarat-Syarat Perlantikan :

Calon (LELAKI sahaja) bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a. Warganegara Malaysia.

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan.

c.

i) Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

ii) Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat sekurang-kurangnya ‘C’ (kepujian) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan pangkat ‘D’ (lulus) dalam 4 mata pelajaran yang lain termasuk Matematik, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d. Memiliki lesen memandu Kelas D / E / E1 / E2 / F / G / H / I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lessen memandu dalam Tempoh Percubaan (P).

e. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalan Subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Mohon share di Whatsapp, Telegram dan Facebook Anda. Terima Kasih atas kerjasama.

Kepada yang berminat dan berkelayakkan sila terus muat turun borang permohonan ini bagi pihak anda.Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut,anda boleh KLIK DISINI –> Borang Permohonan  . Cepat apply sekarang sebelum terlambat!

*Sekiranya calon berjaya dalam temuduga,  Permohonan yang berjaya akan dihubungi melalui telefon atau pun emel. Jika selepas 3 bulan tiada maklumbalas, harap cuba lagi selepas ini.

 

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment