≡ Menu




Jawatan Juruukur Bangunan Gred J41 SPA8i

Juruukur Bangunan Gred J41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan juruukur bangunan gred J41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,529.00 RM9,643.00 RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) ijazah sarjana muda kepujian ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur Bangunan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Juruukur Bangunan Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
(ii) lulus Peperiksaan Certificate of Competency anjuran Lembaga Juruukur Tanah; dan

HAD UMUR PELANTIKAN
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun atau berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kerja-kerja pengukuran sesuatu binaan bangunan dan kerja-kerja pengukuran sebelum dibangunkan binaan tersebut.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment