≡ Menu




Jawatan Juruterbang/Pemeriksa Juruterbang Gred AT41 SPA8i

Juruterbang & Pemeriksa Juruterbang Gred AT41, AT43, AT44, AT47, AT48, AT51, AT52, AT53, At54 - Government

PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

  • Gred: AT41, AT43/44, AT47/48, AT51/52, AT53/54
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Penerbangan Awam
  • Jadual Gaji:
GRED GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
AT41 RM2,532.00 RM9,637.00 RM225.00
AT43 RM3,610.00 RM10,511.00 RM250.00
AT47 RM5,210.00 RM11,768.00 RM270.00
AT51 RM5,858.00 RM12,448.00 RM290.00
AT53 RM6,181.00 RM13,254.00 RM320.00

SYARAT LANTIKAN:

  1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:
    (a) warganegara Malaysia
    (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  2. (i) Mempunyai lesen Juruterbang Perdagangan dan Instrumen Rating yang diiktiraf oleh Kerajaan serta mempunyai sekurang-kurangnya 500 jam pengalaman penerbangan sebagai Pilot in Command atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred AT41 : RM2,532.00); atau
  3. (ii) Kategori C – Captain Transport Aircraft dengan mempunyai pengalaman penerbangan 750 jam dari Tentera Udara Diraja Malaysia dan Instrument Ratingyang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred AT41 : RM2,532.00); atau
  4. (iii) Lesen Penerbangan Komersil dan Instrument Rating (CPL/IR) dan 1500 jam penerbangan dan memiliki 250 jam pengalaman pesawat Twin Engine atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred AT41 : RM2,756.88)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN JURUTERBANG/PEMERIKSA JURUTERBANG GRED AT43, AT47, AT51 ATAU AT53

  • Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang Gred AT43, AT47,AT51 dan AT53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1 dan 2
  2. memiliki tempoh pengalaman bekerja yang sesuai dalam bidang berkaitan
  3. memenuhi tahap kriteria kecemerlangan yang ditetapkan.

Gaji permulaan lantikan pada Gred AT43 : RM3,610.00
Gaji permulaan lantikan pada Gred AT47 : RM5,210.00
Gaji permulaan lantikan pada Gred AT51 : RM5,858.00
Gaji permulaan lantikan pada Gred AT53 : RM6,181.00

DESKRIPSI TUGAS:

  • Memandu kapal terbang awam atau swasta
  • Merancang, menyelia, menguji,  mengubahsuai carta-carta penerbangan.
  • MMengambil foto dari udara
  • Mengendalikan peperiksaan Juruterbang
  • Mengeluarkan lesen Juruterbang
  • Mengumpul maklumat penyelidik kerosakan dan kemalangan pesawat serta data-data teknikal semua pesawat terbang

updatgovermentmy: Belum ada sebarang pegambilan buat masa ini

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment