≡ Menu




Jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 SPA8i

Juruterapi Pergigian Gred U29

Jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00

Syarat Lantikan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Diploma dalam bidang kejururawatan pergigian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Juruterapi Pergigian Gred U29

Tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan

  • Mempunyai kelayakan para (iii) di atas
  • Had umur pelantikan
  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
  • Paksa 55 atau 56 tahun
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

Deskripsi Tugas

Tugas-tugas Rawatan Pesakit

  • Am
    Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.
  • Diagnosis
    Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.
  • Profilaksis
    Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan pengilapan bagi permulaan.
  • Restorasi
    Menyedia kaviti dan membuat tempahan.
  • Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan
  • Rawatan lain mengikut arahan

Pendidikan Kesihatan Pergigian

  • Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.
  • Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.
  • Kaunseling
  • Penjagaan kesihatan Oral.
  • Penjagaan di rumah (Home Care).
  • Kawalan Jangkitan
  • Kejururawatan Komuniti
  • Penyelidikan Sistem Kesihatan
  • Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
  • Pentadbiran dan Pengurusan
  • Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
  • Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment