≡ Menu




Jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 SPA8i

Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29

Jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 , bagi jawatan perkhidmatan awam Malaysia, update paling terkini mengenai info gaji, deskripsi skop kerja dan syarat untuk jawatan ini yang berkuatkuasa mulai 1 julai 2016. Sila sentiasa ikuti blog Government.My, untuk update terkini dan terbaru mengenai jawatan dan kerja kosong.

PENGUMUMAN PENTING YANG SEMUA PERLU AMBIL BERAT TERUTAMANYA SEMUA PENJAWAT AWAM :

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM1, 797.00 RM5, 753.00 RM145.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Diploma dalam bidang teknologi makmal perubatan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas

  • Kajian/Penyelidikan.
  • Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
  • Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
  • Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
  • Pentadbiran
  • Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
  • Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
  • Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
  • Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
  • Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment