≡ Menu




Jawatan Juruteknik Perubatan Gred U19 SPA8i

Juruteknik Perubatan Gred U19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Juruteknik Perubatan Gred U19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM4,052.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Akademik

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut
    (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,360.00)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Deskripsi Tugas

  • Mengambil ukuran sama ada secara acuan atau profile semua kerja-kerja ortotik dan yang diarahkan
  • Memberi tunjuk ajar kepada pesakit cara-cara menggunakan, memasang alatan ortotik dengan betul, cara-cara berjalan atau pergerakan seperti mana yang dikehendaki
  • Memberi tunjuk ajar cara-cara menjaga alatan tersebut supaya sentiasa berada dalam keadaan yang tidak membahayakan dan tahan lama

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment