≡ Menu




Jawatan Jurugeospatial Gred J41 SPA8i

Jurugeospatial Gred J41 - GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan jurugeospatial gred j41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
• Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

GAJI
RM2,529.00 (MINIMUM) – RM9,643.00 (MAXIMUM)
[KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN – RM225.00]

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang remote sensing, geoinformatik, ukur tanah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. – [Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurugeospatial Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c)

b) Had umur pelantikan:

  • Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

DESKRIPSI TUGAS

Deskripsi tugas untuk jawatan ini adalah bertanggungjawab dalam penyediaan reka bentuk peta elektronik, peta tematik serta peta topografi terhad dan tidak terhad yang diperlukan oleh kerajaan dan awam bagi tujuan pertahanan, pembangunan negara, pengurusan sumber, pendidikan dan juga pentadbiran.

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment