≡ Menu




Jawatan Jurubahasa Gred LA19 SPA8i

Jurubahasa Gred LA19Berikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi Jawatan Jurubahasa Gred LA19 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

  • Kumpulan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,355.00 RM4,007.00 RM100.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED LA19
Jurubahasa Melayu atau Jurubahasa Selain Bahasa Melayu

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LA19: RM1,355.00)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LA19: RM1,411.40)
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji permulaan ialah pada Gred LA19: RM1,467.80)

Deskripsi Tugas

  • Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan
  • Mengemaskinikan buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan Harian/Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment