≡ Menu




Jawatan Jurubahasa Serentak Gred N41 SPA8i

Jurubahasa Serentak Gred N41- GovernmentBerikut adalah deskripsi tugas serta gred gaji bagi jawatan jurubahasa serentak gred n41 perkhidmatan awam Malaysia, gred gaji adalah gred terkini yang telah diberikan berkuatkuasa 1 julai 2016

• Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
• Kem/Jab: Parlimen

GAJI
RM2,080.00 (MINIMUM) – RM9,546.00 (MAXIMUM)
[KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN – RM225.00]

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

SYARAT AKADEMIK

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. – [Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00]; atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. – [Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43]

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dan juga menterjemah secara serentak daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Perancis atau bahasa-bahasa lain yang berkaitan dengannya

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia

DESKRIPSI TUGAS

  • Deskripsi tugas untuk jawatan ini adalah sebagai Setiausaha Bersama kepada Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan bagi istiadat Pembukaan Parlimen, membuat terjemahan serentak semasa mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat
  • Menyunting soalan-soalan Dewan Negara, memberi taklimat serta menjalankan tugas-tugas berkenaan Persatuan Parlimen Komanwel (C.P.A), Persatuan Antara Parlimen-parlimen (I.P.U) dan Pertubuhan Antara Parlimen Asean (A.I.P.O)

Leave a comment

{ 0 comments… add one }

Leave a Comment